Voting

Thursday, November 11, 2010

KEBAIKAN DAN ASAL USUL SAUNA WAP

KEBAIKAN SAUNA WAP
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada sistem “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebabkan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrien terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Kebaikan Mandi Wap Panas Dengan Set Sauna
  • Memecahkan dan membakar lemak-lemak yang berlebihan.
  • Melangsingkan badan dan mencapai berat badan ideal.
  • Dapat mengeluarkan toksid dalam badan  seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury  melalui peluh.
  • Menghilangkan kesakitan sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan.
  • Membantu mengurangkan masalah sukar tidur.
  • Menjadikan badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Sangat baik untuk wanita yang baru lepas bersalin bagi menggantikan tangas.
  • Menyembuhkan dan memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
  • Menggantikan aktiviti bersukan atau bersenam untuk membakar kalori dan mengeluarkan peluh.
  • Mengurangkan risiko serangan darah tinggi & kencing manis.
  • Meningkatkan kadar metabolisme untuk mengurangkan berat badan. 
  • Cara mandian yang menjadikan kulit menawan, segar dan halus serta membasmi kuman. 
  • Meningkatkan sistem kardiovascular.
  • Merehatkan otot.
  • Meningkatkan sistem immunisasi badan.
  • Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki.
Perbandingan bersauna dengan aktiviti bersukan yang lain:
1.       Bersauna selama 20 minit membakar 400-600 kalori
2.       Arobik selama 30 minit membakar 400 kalori
3.       Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
4.       Berjogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5.       Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

ASAL USUL MANDI WAP
Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.

Mandi Wap Tradisional Melayu
Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

No comments:

Post a Comment